Sunday 26 February 2012

SEKITAR PESTA BUKU TERENGGANU(23-29/02/2012)

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Di bawa ni adalah sekitar PESTA BUKU TERENGGANU(23-29/02/2012)...





KALAU SUKA LKIK LIKE..:D

Wednesday 8 February 2012

MY BOYFRIEND...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Tajuk n3 ni 'MY BOYFRIEND.....' fuhhh!! sapelah BF saya tuu....

nak kenal?????

nilah BF sy... amacam ok x??









KALAU SUKA LKIK LIKE..:D

Tuesday 7 February 2012

KENANGAN LAMA...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

kenangan lama?? pasti anda semua punya kenangan yang tersendiri kan? saya pun ada juga, tu yang saya nak kongsi skit ni.. hehehehe...

pertamanya tentang KYKS.. anda semua pasti ada membaca KYKS dari www.akudannovelku.blogspot.com kan?? sebenarnya ada kisah di sebalik jalan cerita novel tu.. nak tahu?? okey, hari ni saya akan bongkarkan..

KYKS sebenarnya kisah betul.. yg part permulaan dan part mreka saling kenal tu memang kisah betul.. cuma part pertengahan dan ending saja rekaan... ala kisah zaman budak2 dulu.. hehehe... yang pasti watak2 dalam KYKS memang wujud.. mcm Syazril Naim, Syafiza Akhira, Azlira, Farah, Aliff, Safiuddin dan ramai lagi adalah watak2 yang benar-benar wujud di alam nyata, bukan dalam novel je ye...

menulis KYKS mengembalikan ingatan saya kepada zaman persekolahan.. kisah ni diangkat daripada kisah budak sekolah dan dikembangkan menjadi sebuah novel penuh... dalam novel ni juga saya bercerita tentang sekolah saya, tentang zaman persekolahan saya... secara tak langsung saya telah memperkenalkan sekolah sendiri di sini..

keduanya juga berkaitan dengan penulisan.. dulu saya suka menulis.. saya menulis di atas kertas kajang.. bukan tak ada komputer tapi komputer kat rumah rosak, jadi tak dapatlah menaip.. lepas dah tulis kat atas kertas kajang, saya pun hantar kat cikgu bahasa Melayu.. nak suruh dia check la kononnya.. tapi jawapan yang saya dapat sangat-sangat mendukacitakan.. niat saya nak menulis di pandang rendah.. macamlah saya ni tak pandai menulis langsung, kurang-kurang bagilah kata-kata semangat... salah ke seorang pelajat di aliran sains tulen nak menulis?? keji sangat ke?? jadi, pelajar di aliran sastera ajelah boleh menulis, macam tu???
KALAU SUKA LKIK LIKE..:D

Sunday 5 February 2012

PADA UMUR 22 TAHUN

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

hmm... tak ada topik tapi saya mahu mengadakan topik perbualan... tapi sebelum tu, saya nak tanya anda;

PADA USIA 22 TAHUN, DI MANA ANDA PADA WAKTU ITU??

masih lagi belajar? sudah bekerja? sudah berkahwin? atau masih tak tahu apa-apa? masih xde apa2 matlamat??

di sini saya nak berkongsi sedikit di mana saya ketika menginjak umur 22 tahun... bukan nak berbangga diri, cuma mahu berkongsi sesama kita, berkongsi pengalaman saya dengan semua...

pada umur 22 tahun, saya sudah memiliki sebuah novel hasil tulisan sendiri.. sesuatu yang sangat-sangat tak di sangka.. awalnya saya hanya menulis novel untuk suka-suka saja.. tak ada rasa nak jadi penulis novel pun sebab saya sedar ada banyak kekurangan dalam penulisan saya.. yalah, manusia bukannya perfect kan.. saya memulakan langkah dengan menghantar bab demi bab ke P2u selepas terjumpa laman web ni kira-kira 3 tahun dulu... melihatkan komen positif dari pembaca, saya sambung menulis dan menulis hinggalah tulisan saya terpaksa di hentikan kerana perlu menghadapi semester akhir.. tambah lagi saya mengambil jurusan IT.. semester last utk pelajar IT adalah perlu menyiapkan satu sistem berkomputer dan sememangnya banyak kerja yang terpaksa di lakukan.. dahlah kerja individu.. dan saya berhenti menulis...

tapi ketika saya sedang berperang antara menyiapkan tesis akhir dan menyiapkan sistem, saya menerima satu emel.. di dalam emel itu, Encik Muzri menyuruh saya menyiapkan manuskrip KSS dan perlu di hantar dalam masa yang telah di tetapkan... manuskrip KSS x siap lg masa tu...dengan masa yang singkat, kelam-kabut saya melakukan 3 kerja dalam 1 masa... fuh!!! memang memenatkan dan menguji mental saya.. selepas siap, saya hantar manuskrip tersebut... ingatkan kena tunggu sekejap je tapi lama rupanya kena tunggu..(orang tak ada pengalaman, memang tak tau apa-apa)..

keputusan semester akhir keluar dan saya lulus(walaupun tak 4 flat) dan boleh konvo.. puas menunggu jawapan tentang manuskrip akhirnya sy menerima panggilan dari FP yang mengatakan manuskrip saya sudah ada dengan mereka.. betapa bersyukurnya hati ini, hanya Allah saja yang tahu... akhirnya bulan 7 yang lalu, novel saya menjengah pasaran...

tapi sayangnya arwah abah(Abdul Rahim bin Jusoh) dijemput Ilahi pada tanggal 10 Mei 2011... insan yang banyak mendorong minat saya di dalam bidang ini telah pergi untuk selama-lamanya... arwah abah tak dapat melihat novel saya berada di pasaran... sebelum novel ni keluar dalam versi cetakan, abah asyik tanya, bila lagi nak keluar? dah bertahun tunggu... jawapan saya cuma 1, tak tahu lagi....

sebenarnya minat abah banyak di warisi oleh saya... abah dulu memang minat membaca.. cuma kami berlainan genre.. saya minat novel cinta.. abah minat buku cerita hantu... kami sama2 minat gajet.. abah minat memancing tapi saya tak minat.. huhuhu... saya tak suka menunggu..


selain menulis, saya juga salah seorang peniaga di FB.. saya punya sebuah kedai online di FB.. saya jual pelbagai barang... antaranya novel, kain pasang dan produk catalyst.. mulanya memang tak minat tapi dari tak ada buat kerja, baik gunakan medium yg dah di sediakan ni.. hehehe

DAN DI MANA ANDA PADA USIA 22 TAHUN??
KALAU SUKA LKIK LIKE..:D

Friday 3 February 2012

Novel Januari Dr Karyaseni




Assalamualaikum dan salam sejahtera....

post kedua untuk blog ni saya nak ulas tentang 2 buku ni..( sebenarnya xde topik nak letak kat blog ni tp okey jugak kalau letak post ni) hehehehe..

KAMPUNG GIRL
sinopsis belakang novel;

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

ULASAN SAYA;

novel ni best!! saya suka sangat dengan watak ashraf yang amat2 bongkak, angkuh tu. berlagak bagus!! bagi Ashraf, perempuan kampung especially Ainnur adalah bodoh, x berpelajaran, kotor, kolot dan seangkatan dengannya. perempuan begini hanya tahu buat kerja sawah saja.. teruknya Ashraf kan... Ainnur pulak mmg terbakar dgn statement mamat ni, so dia pun berusaha bersungguh-sungguh, belajar pandai-pandai hingga dapat sambung belajar ke NZ... sekembali dari NZ, Ainnur bekerja sebagai seorang guru BI di Penang... tapi satu hari dia dapat berita yang mak saudaranya masuk meminang dia untuk Ashraf.. dia memang suka sangat sebab dia dah jatuh chenta pada Ashraf sejak kecil lagi.. cuma Ashraf saja yang sombong bongkak... dia menerima pinangan itu tp di bangkang keras oleh Ashraf.. namun, dalam  tak nak, Ashraf terpaksa terima juga bila emaknya berkeras...

Ashraf dan Ainnur disatukan juga. pada sebelah malannya, semua rahsia yg Ainnur sorokkan dari pengetahuan Ashraf terbongkar jua.. semakin buat hati Ashraf mendidih.. berlaku juga pergaduhan kecil.. kemudian semuanya kembali seperti biasa.. Ashraf masih dengan marah dan x suka pada Ainnur.. dan terjadilah perjahwinan jarak jauh(PJJ).. sorang di Penang, sorang di KL.. setiap kali cuti hujung minggu, Ainnur akan ke KL.. tapi selepas di marah, di maki Ashraf, dia jadi malas mahu ke KL lagi.. dan akhirnya dia berdiam diri di Penang.. tapi lain pula bagi Ashraf.. apabila Ainnur ada di depan mata, dia tak suka, benci.. tapi bila Ainnur tak ada, dia jadi nanar.. cintakah itu??

novel ini sangat-sangat menghiburkan, x rugi beli...:)

JODOH ITU MILIK KITA
sinopsis belakang novel;


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mpakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
ungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? A

ULASAN SAYA;

permulaan novel ini agak membosankan hinggalah pertengahan. x tau kenapa jadi macam tu.. bosan kot sebab banyak sangat gaduh. tapi apabila terbongkar segala-galanya barulah best... hingga akhir cerita. permulaannya, Aariz dengan rela hati menggantikan tempat adiknya, Syafiq untuk menikahi perempuan pilihan Puan Marina, mamanya.. namun dalam hati Aariz sudah berikrar yang dia tidak akan berkahwin kerana dia sedar keadaan dirinya. kerana maruah keluarga, dia paksa diri untuk terima segala-galanya. dan bersatulah Aariz dan Dahlia di dalam dunia perkahwinan... mereka hidup bahagia dengan erti kata bahagia masing-masing, mereka bawa diri masing-masing... hidup bilik sendiri, mereka rapat tapi tak pernah tidur sebilik dan sekatil... kemunculan semula Syafiq mengacau bilaukan segala-galanya... Syafiq sengaja menimbulkan persoalan; siapa diri Aariz sebenarnya?? hinggalah rumah tangga Aariz dan Dahlia berantakan.. niat Syafiq cuma satu, mahu merampas kembali Dahlia!!!
KALAU SUKA LKIK LIKE..:D