Friday 3 February 2012

Novel Januari Dr Karyaseni




Assalamualaikum dan salam sejahtera....

post kedua untuk blog ni saya nak ulas tentang 2 buku ni..( sebenarnya xde topik nak letak kat blog ni tp okey jugak kalau letak post ni) hehehehe..

KAMPUNG GIRL
sinopsis belakang novel;

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

ULASAN SAYA;

novel ni best!! saya suka sangat dengan watak ashraf yang amat2 bongkak, angkuh tu. berlagak bagus!! bagi Ashraf, perempuan kampung especially Ainnur adalah bodoh, x berpelajaran, kotor, kolot dan seangkatan dengannya. perempuan begini hanya tahu buat kerja sawah saja.. teruknya Ashraf kan... Ainnur pulak mmg terbakar dgn statement mamat ni, so dia pun berusaha bersungguh-sungguh, belajar pandai-pandai hingga dapat sambung belajar ke NZ... sekembali dari NZ, Ainnur bekerja sebagai seorang guru BI di Penang... tapi satu hari dia dapat berita yang mak saudaranya masuk meminang dia untuk Ashraf.. dia memang suka sangat sebab dia dah jatuh chenta pada Ashraf sejak kecil lagi.. cuma Ashraf saja yang sombong bongkak... dia menerima pinangan itu tp di bangkang keras oleh Ashraf.. namun, dalam  tak nak, Ashraf terpaksa terima juga bila emaknya berkeras...

Ashraf dan Ainnur disatukan juga. pada sebelah malannya, semua rahsia yg Ainnur sorokkan dari pengetahuan Ashraf terbongkar jua.. semakin buat hati Ashraf mendidih.. berlaku juga pergaduhan kecil.. kemudian semuanya kembali seperti biasa.. Ashraf masih dengan marah dan x suka pada Ainnur.. dan terjadilah perjahwinan jarak jauh(PJJ).. sorang di Penang, sorang di KL.. setiap kali cuti hujung minggu, Ainnur akan ke KL.. tapi selepas di marah, di maki Ashraf, dia jadi malas mahu ke KL lagi.. dan akhirnya dia berdiam diri di Penang.. tapi lain pula bagi Ashraf.. apabila Ainnur ada di depan mata, dia tak suka, benci.. tapi bila Ainnur tak ada, dia jadi nanar.. cintakah itu??

novel ini sangat-sangat menghiburkan, x rugi beli...:)

JODOH ITU MILIK KITA
sinopsis belakang novel;


“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mpakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
ungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? A

ULASAN SAYA;

permulaan novel ini agak membosankan hinggalah pertengahan. x tau kenapa jadi macam tu.. bosan kot sebab banyak sangat gaduh. tapi apabila terbongkar segala-galanya barulah best... hingga akhir cerita. permulaannya, Aariz dengan rela hati menggantikan tempat adiknya, Syafiq untuk menikahi perempuan pilihan Puan Marina, mamanya.. namun dalam hati Aariz sudah berikrar yang dia tidak akan berkahwin kerana dia sedar keadaan dirinya. kerana maruah keluarga, dia paksa diri untuk terima segala-galanya. dan bersatulah Aariz dan Dahlia di dalam dunia perkahwinan... mereka hidup bahagia dengan erti kata bahagia masing-masing, mereka bawa diri masing-masing... hidup bilik sendiri, mereka rapat tapi tak pernah tidur sebilik dan sekatil... kemunculan semula Syafiq mengacau bilaukan segala-galanya... Syafiq sengaja menimbulkan persoalan; siapa diri Aariz sebenarnya?? hinggalah rumah tangga Aariz dan Dahlia berantakan.. niat Syafiq cuma satu, mahu merampas kembali Dahlia!!!
KALAU SUKA LKIK LIKE..:D

No comments:

Post a Comment