Tuesday, 7 February 2012

KENANGAN LAMA...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

kenangan lama?? pasti anda semua punya kenangan yang tersendiri kan? saya pun ada juga, tu yang saya nak kongsi skit ni.. hehehehe...

pertamanya tentang KYKS.. anda semua pasti ada membaca KYKS dari www.akudannovelku.blogspot.com kan?? sebenarnya ada kisah di sebalik jalan cerita novel tu.. nak tahu?? okey, hari ni saya akan bongkarkan..

KYKS sebenarnya kisah betul.. yg part permulaan dan part mreka saling kenal tu memang kisah betul.. cuma part pertengahan dan ending saja rekaan... ala kisah zaman budak2 dulu.. hehehe... yang pasti watak2 dalam KYKS memang wujud.. mcm Syazril Naim, Syafiza Akhira, Azlira, Farah, Aliff, Safiuddin dan ramai lagi adalah watak2 yang benar-benar wujud di alam nyata, bukan dalam novel je ye...

menulis KYKS mengembalikan ingatan saya kepada zaman persekolahan.. kisah ni diangkat daripada kisah budak sekolah dan dikembangkan menjadi sebuah novel penuh... dalam novel ni juga saya bercerita tentang sekolah saya, tentang zaman persekolahan saya... secara tak langsung saya telah memperkenalkan sekolah sendiri di sini..

keduanya juga berkaitan dengan penulisan.. dulu saya suka menulis.. saya menulis di atas kertas kajang.. bukan tak ada komputer tapi komputer kat rumah rosak, jadi tak dapatlah menaip.. lepas dah tulis kat atas kertas kajang, saya pun hantar kat cikgu bahasa Melayu.. nak suruh dia check la kononnya.. tapi jawapan yang saya dapat sangat-sangat mendukacitakan.. niat saya nak menulis di pandang rendah.. macamlah saya ni tak pandai menulis langsung, kurang-kurang bagilah kata-kata semangat... salah ke seorang pelajat di aliran sains tulen nak menulis?? keji sangat ke?? jadi, pelajar di aliran sastera ajelah boleh menulis, macam tu???
KALAU SUKA LKIK LIKE..:D

No comments:

Post a Comment